Polisi Privasi
Cara MTA Solutions mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat anda
1. Tentang polisi ini
Polisi ini menerangkan maklumat yang dikumpul apabila anda melayari mtasolutions.com.my, menghantar permintaan quotation, menggunakan portal pelanggan atau menghubungi MTA Solutions melalui emel. Polisi ini disediakan selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Pertanyaan berkaitan privasi boleh dihantar ke admin@mtasolutions.com.my.
2. Maklumat yang kami kumpul
• Borang quotation
Nama penuh, alamat emel, nombor telefon, nama syarikat (jika diisi), jenis laman web, anggaran bilangan halaman, fungsi tambahan yang dipilih, ringkasan projek dan tarikh sasaran.
• Portal pelanggan
Maklumat akaun (emel dan kata laluan yang disimpan dalam bentuk hash), profil syarikat termasuk logo yang dimuat naik, keperluan laman web, rekod kemajuan projek, rekod bayaran dan bukti bayaran yang anda muat naik. Jika anda menghantar butiran akses hosting untuk tujuan pemasangan laman, kata laluan disimpan dalam bentuk tersulit dan hanya digunakan untuk kerja yang dipersetujui.
• Bayaran online
Jika bayaran online diaktifkan, transaksi diproses oleh gateway pembayaran pihak ketiga. Kami menerima status dan nombor rujukan transaksi, tetapi tidak menerima atau menyimpan butiran log masuk bank atau nombor kad anda.
• Emel
Kandungan emel yang anda hantar kepada kami, termasuk lampiran.
• Pembantu automatik (chatbot)
Pembantu pada laman ini berjalan sepenuhnya dalam pelayar anda. Perbualan tidak disimpan dan tidak dihantar ke pelayan kami atau ke perkhidmatan AI.
• Data penggunaan
Maklumat teknikal seperti halaman yang dilawati, jenis peranti, pelayar dan anggaran lokasi dikumpul melalui Google Analytics. Pelayan hosting juga mungkin merekod log teknikal seperti alamat IP dan masa capaian untuk tujuan keselamatan.
3. Tujuan penggunaan
Maklumat anda digunakan untuk menjawab pertanyaan, menyediakan dan mengesahkan quotation, mengurus projek dan bayaran, menghantar emel berkaitan projek (seperti pengesahan emel dan kemas kini status), menyediakan sokongan, melindungi laman daripada penyalahgunaan, serta memahami cara laman digunakan supaya kandungannya boleh diperbaiki.
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak lain.
4. Pihak ketiga
Maklumat hanya dikongsi dengan pihak yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan, iaitu penyedia hosting dan emel, gateway pembayaran (jika digunakan), serta Google bagi Google Analytics dan Google AdSense. Maklumat juga boleh didedahkan jika dikehendaki oleh undang-undang.
5. Kuki dan pengiklanan
• Kuki sesi
Portal pelanggan dan borang menggunakan kuki sesi untuk log masuk dan perlindungan keselamatan borang. Kuki ini diperlukan untuk fungsi tersebut berjalan.
• Google Analytics
Digunakan untuk mengukur penggunaan laman secara agregat. Anda boleh menyekatnya melalui tetapan pelayar atau add-on penarikan diri Google Analytics.
• Google AdSense
Laman ini memaparkan iklan melalui Google AdSense. Pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan terdahulu anda ke laman web ini atau laman web lain. Penggunaan kuki pengiklanan membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan berdasarkan lawatan anda ke laman ini dan/atau laman lain di Internet.
Anda boleh menarik diri daripada pengiklanan diperibadikan melalui Tetapan Iklan Google, atau menarik diri daripada kuki pembekal pihak ketiga melalui aboutads.info. Maklumat lanjut: cara Google menggunakan maklumat daripada laman yang menggunakan perkhidmatannya.
Iklan tidak dipaparkan pada halaman servis, borang quotation atau portal pelanggan.
6. Keselamatan dan tempoh simpanan
Laman ini menggunakan HTTPS. Akses kepada rekod pelanggan dihadkan kepada pentadbir yang memerlukannya, kata laluan akaun disimpan dalam bentuk hash, dan butiran akses hosting disimpan dalam bentuk tersulit. Tiada sistem yang sepenuhnya bebas risiko, tetapi kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda.
Maklumat disimpan selagi diperlukan untuk tujuan di atas, termasuk rekod projek, bayaran dan keperluan perakaunan. Maklumat yang tidak lagi diperlukan akan dipadam atau dianonimkan.
7. Hak anda
Anda boleh meminta salinan maklumat peribadi yang kami simpan, meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat, atau menarik balik persetujuan bagi penggunaan tertentu dengan menghantar emel ke admin@mtasolutions.com.my. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memproses permintaan. Menarik balik persetujuan mungkin menyebabkan kami tidak dapat meneruskan perkhidmatan tertentu.
8. Perubahan polisi
Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan pada halaman ini. Baca juga Terma & Syarat perkhidmatan kami.
Berkuat kuasa: 10 November 2026