Polisi dan syarat penggunaan perkhidmatan pembangunan laman web MTA Solutions
MTA Solutions merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembangunan laman web dan portfolio digital untuk perniagaan.
MTA Solutions fokus kepada pembangunan laman web custom menggunakan HTML, CSS dan JavaScript untuk prestasi yang ringan, pantas dan stabil.
Kami tidak menggunakan platform CMS seperti WordPress atau Joomla dalam pembangunan standard, kecuali atas permintaan khas dan perjanjian berasingan.
MTA Solutions membangunkan laman web dalam dua kategori utama:
• Laman Web Informasi Statik (HTML)
Bagi laman web jenis statik, pembangunan adalah menggunakan HTML, CSS dan JavaScript tanpa integrasi database atau sistem backend.
Ini menjadikan struktur laman web lebih ringkas, ringan dan mengurangkan risiko keselamatan berkaitan sistem data.
• Laman Web Sistem (PHP)
Bagi projek yang memerlukan fungsi dinamik seperti admin panel, database, sistem pengurusan data atau ciri interaktif, pembangunan akan menggunakan PHP (atau teknologi backend yang sesuai) dan dikira sebagai skop berasingan.
Berdasarkan pengalaman projek terdahulu, kebanyakan pelanggan tidak mengemaskini kandungan laman web selepas siap dibangunkan. Oleh itu, pembangunan laman web statik menggunakan HTML, CSS dan JavaScript lebih sesuai bagi memastikan prestasi, kestabilan dan pengurusan yang lebih ringkas.
Semua projek dibangunkan berdasarkan keperluan dan persetujuan pelanggan sebelum proses pembangunan dimulakan.
Secara asasnya, laman web tidak disertakan dengan admin panel.
Admin panel hanya akan dibangunkan sebagai add-on tambahan jika diperlukan oleh pelanggan untuk tujuan kemaskini kandungan seperti teks, gambar, produk atau artikel tanpa pengetahuan coding.
Bagi projek yang dibangunkan menggunakan platform CMS seperti WordPress atau Joomla, sistem admin panel akan tersedia secara built-in untuk pengurusan kandungan laman web.
Pemilihan CMS adalah tertakluk kepada keperluan projek dan tidak termasuk dalam skop pembangunan standard MTA Solutions, yang mana fokus utama adalah pembangunan laman web custom berasaskan HTML, CSS dan JavaScript.
Setiap projek hanya termasuk 3 kali revision.
Selepas proses final delivery, sebarang perubahan besar atau redesign tidak lagi termasuk dalam pakej dan akan dikenakan caj tambahan.
50% deposit diperlukan sebelum pembangunan projek dimulakan.
Selepas laman web siap dan dihantar dalam bentuk link draft untuk semakan, pelanggan perlu membuat bayaran baki 50% sebelum proses deploy ke hosting pelanggan dilakukan.
Harga domain dan hosting tidak termasuk dalam pakej pembangunan laman web.
Pelanggan bertanggungjawab menyediakan hosting sendiri atau boleh mendapatkan bantuan daripada pihak MTA Solutions jika diperlukan.
Sebarang perubahan besar selepas kelulusan final akan dianggap sebagai projek baru atau tambahan kerja.
MTA Solutions berhak menangguhkan atau menghentikan projek jika pembayaran tidak diselesaikan mengikut terma yang dipersetujui.