Studio Web Bebas ยท Kelantan, Malaysia

Bukan Syarikat Besar.
Tapi buat kerja
seperti syarikat besar.

MTA Solutions dikendalikan oleh seorang developer. Bukan pasukan besar dengan mesyuarat yang panjang dan hierarki yang melambatkan kerja. Anda berbual terus dengan orang yang buat website anda.

Mula Projek Bersama Kami
T
Thalhah
Founder & Web Developer ยท MTA Solutions
Coldfusion PHP / MySQL Bootstrap 5 UI Design SEO E-Commerce
Kelantan, Malaysia
Sedang menerima projek baru
Siapa Kami Sebenarnya

"Saya tidak punya pejabat mewah di menara tinggi. Saya punya kod yang bersih dan rekod kerja yang bercakap sendiri."

MTA Solutions bermula pada tahun 2014 sebagai operasi solo. Dalam beberapa tahun, ia pernah berkembang kepada pasukan kecil sebelum akhirnya distruktur semula kepada model freelance solo.

Hari ini, ia dikendalikan secara individu oleh developer yang sama sejak awal. Kami memilih untuk kekal kecil dan fokus, kerana pengalaman lepas menunjukkan bahawa pertumbuhan yang terlalu cepat boleh menjejaskan kualiti dan sustainability operasi.

Disebabkan itu, kami hanya mengambil sejumlah kecil projek dalam satu masa. Ini bukan kerana kekangan, tetapi kerana setiap projek memerlukan perhatian penuh dan hasil yang konsisten.

Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan komunikasi terus, keputusan pantas, dan kualiti kerja yang stabil tanpa kebergantungan kepada struktur agensi besar.

Ini bukan keterbatasan. Ini adalah pilihan yang disengajakan. Ramai client kami lebih suka cara ini berbanding bekerja dengan agensi besar.

Anda tahu siapa buat kerja anda
Bukan syarikat yang hantar developer berbeza untuk setiap projek. Konsistensi dari awal hingga akhir.
Komunikasi direct, tiada middleman
Maklum balas anda sampai terus kepada developer, bukan melalui account manager yang relay balik. Lebih laju, lebih tepat.
Setiap projek dapat perhatian penuh
Bila anda bermasalah, anda tidak bersaing dengan 50 client lain untuk perhatian. Projek anda adalah keutamaan.
Harga yang lebih adil
Tiada overhead pejabat mewah, tiada komisyen sales team. Anda bayar untuk kerja- bukan untuk brand agensi.
Perjalanan

Dari Mana Datangnya MTA Solutions

Setiap bisnes ada cerita. Ini milik kami.

Kenapa nama "MTA Solutions"?

MTA adalah singkatan nama pengasas. "Solutions" kerana setiap projek yang datang kepada kami adalah satu masalah yang perlu diselesaikan. Bukan sekadar website yang perlu "dibuat cantik".

2014
๐Ÿ’ก

Permulaan Operasi (Domain & Hosting Services)

MTA Solutions bermula dengan fokus kepada perkhidmatan domain, hosting dan pembangunan laman web asas.

2020
๐Ÿ“ˆ

Penstrukturan Semula Operasi

Operasi dihentikan sementara untuk fokus kerja lain dan penstrukturan semula arah perniagaan

2026
๐ŸŒŸ

Operasi Semula Sebagai Studio Pembangunan Web

MTA Solutions kembali beroperasi sebagai studio pembangunan laman web secara freelance, dengan fokus kepada pembangunan web custom yang ringan, pantas dan berprestasi tinggi.

Prinsip Kerja

Apa Yang Kami Pegang Teguh

Ini bukan tagline pemasaran. Ini yang kami betul-betul praktikkan dalam setiap projek.

๐ŸŽฏ
Jujur tentang apa yang boleh dan tidak boleh
Kalau sesuatu di luar skop atau kemampuan kami, kami cakap terus, bukan ambil dulu, masalah kemudian. Client anda pun bisnes sebenar, waktu mereka berharga.
โฑ๏ธ
Menghormati masa anda
Balas dalam 24 jam. Deliver ikut jadual yang dipersetujui. Kalau ada delay, kami maklumkan awal, bukan tunggu anda tanya.
๐Ÿ”
Teliti dalam setiap detail
Mobile responsiveness, kelajuan halaman, SEO on-page, keselamatan, semua diperiksa sebelum diserahkan. Bukan ciri tambahan, ini standard asas kami.
๐Ÿ“š
Sentiasa belajar
Web development berubah pantas. Kami sentiasa kemaskini pengetahuan, bukan untuk ikut trend, tapi untuk pastikan penyelesaian yang kami bagi kepada client adalah yang terbaik yang ada.
Cara Kami Bekerja

Operasi Sepenuhnya Digital

Hampir semua komunikasi dan kerja dilakukan secara online. WhatsApp, email, dan video call bila perlu. Ini bukan kekurangan, tapi cara kerja yang lebih efisien untuk kedua-dua pihak. Proses boleh berubah sedikit bergantung pada maklum balas dan skop projek

Konsultasi
Via WhatsApp atau Call
Perbincangan awal tentang keperluan projek boleh dibuat melalui WhatsApp atau call. Tak perlu set temujanji atau drive ke mana-mana.
Quotation
Dalam 24 Jam
Selepas memahami keperluan anda, quotation terperinci dihantar via email atau WhatsApp dalam masa 24 jam bekerja.
Pembangunan
Preview Link untuk Semakan
Anda semak kerja melalui preview link- boleh buka dari mana-mana peranti, kongsi kepada rakan sekerja, dan beri maklum balas terus.
Launch
Semua Akses Diserahkan
Semua akses- hosting, domain, admin panel, Google Analytics- diserahkan kepada anda sepenuhnya selepas bayaran selesai.
Support
WhatsApp Direct
Selepas launch, anda ada nombor WhatsApp direct developer anda untuk support teknikal- bukan sistem tiket yang lambat dibalas.
Lokasi
Tidak Terhad Kelantan
Kami dah selesaikan projek dari Perlis hingga Johor, semuanya tanpa jumpa muka. Lokasi anda tidak penting- keperluan anda yang penting.
Design
Mockup & Struktur UI
Reka bentuk awal disediakan untuk menunjukkan susun atur, warna dan struktur laman web sebelum pembangunan dimulakan.
Setup
Struktur Kod & Framework
Laman web dibina menggunakan struktur kod yang bersih, ringan dan mudah diurus untuk prestasi optimum.
Testing
Semakan Multi-Device
Ujian dilakukan pada pelbagai peranti dan browser untuk memastikan paparan konsisten dan responsif.
Delivery
Go Live & Handover
Laman web dilancarkan selepas kelulusan akhir dan semua fail serta akses diserahkan kepada pelanggan.
Berminat jumpa face-to-face? Boleh diatur

Walaupun kebanyakan komunikasi dibuat secara online, kami boleh atur pertemuan fizikal untuk client dalam kawasan Kelantan jika ia membantu proses perbincangan. Hubungi kami untuk menetapkan jadual yang sesuai.

Kepakaran

Teknologi Yang Kami Kuasai

Stack yang kami guna adalah proven, matang, dan sesuai untuk keperluan bisnes Malaysia, tanpa over-engineering yang tidak perlu.

Coldfusion PHP 8+ MySQL PDO REST API Session & Auth
HTML5 CSS3 Bootstrap 5 JavaScript (ES6+) Font Awesome Chart.js
cPanel / WHM WAMP / Localhost Google Analytics 4 Git Figma (Mockup)
ToyyibPay Billplz FPX WhatsApp API Google Maps SMTP Email
On-Page SEO PageSpeed Optimization Schema Markup Core Web Vitals
Soalan Jujur

Soalan Yang Ramai Nak Tanya Tapi Segan

Kami hargai soalan yang jujur. Jawapan kami pun jujur.

Anda seorang je- apa jadi kalau anda sakit atau bercuti?
Ini adalah setup kerja kami secara standard. Setiap projek dirancang dengan timeline yang realistik, dan semua kerja didokumentasikan dengan jelas. Sekiranya berlaku apa-apa gangguan, pelanggan akan dimaklumkan awal dan projek tetap boleh diteruskan tanpa kehilangan data atau progress.
Boleh ke anda handle projek yang besar?
Ya, selagi skop jelas. Kami pernah kendalikan projek dengan pelbagai halaman dan fungsi kompleks. Kunci utama adalah perancangan awal dan komunikasi yang jelas supaya setiap modul dibangunkan dengan stabil dan teratur.
Ada sijil atau kelayakan formal dalam IT?
Saya ada latar belakang dalam Software Engineering, dan selebihnya dibina melalui pengalaman projek sebenar. Gabungan teori dan pengalaman praktikal ini membantu dalam menghasilkan penyelesaian web yang lebih stabil dan berstruktur.
Apakah jaminan yang anda beri?
Kami menyediakan jaminan pembetulan bug dalam tempoh support selepas projek siap. Semua pembetulan dalam skop asal akan diselesaikan tanpa caj tambahan. Namun, perubahan luar skop atau faktor pihak ketiga seperti hosting tidak termasuk dalam jaminan.
Apa jadi kepada projek saya kalau MTA Solutions berhenti beroperasi?
Semua hasil kerja adalah milik pelanggan sepenuhnya selepas projek diserahkan. Kod sumber, akses dan dokumentasi akan diberikan supaya projek boleh diteruskan oleh mana-mana developer pada masa hadapan jika diperlukan.
Bersedia untuk mulakan?

Mari Buat Sesuatu Yang Berguna

"Saya tidak janji website yang paling cantik di Malaysia. Saya janji website yang betul-betul berfungsi untuk bisnes anda."