Kedai Online Yang Jual 24 Jam. Tanpa Komisyen Shopee
Bina kedai online sendiri yang sepenuhnya milik anda. Terima bayaran terus masuk ke akaun bank. Tanpa komisyen platform, tanpa algoritma, tanpa risiko akaun diblok.
Jual Di Shopee vs Kedai Sendiri
Shopee dan Lazada bagus untuk visibility. Tapi bila bisnes anda dah established, komisyen yang anda bayar setiap bulan boleh digunakan untuk bina aset anda sendiri.
Apa Yang Ada Dalam Kedai Online MTA Solutions
Bukan sekadar "website dengan senarai produk". Ini sistem kedai online yang lengkap dan berfungsi seperti kedai e-commerce sebenar.
Kaedah Bayaran Yang Kami Sokong
Lebih banyak pilihan bayaran = lebih banyak pelanggan yang boleh beli. Kami integrasikan semua kaedah pembayaran utama Malaysia.
Untuk bisnes yang baru bermula, kami cadangkan integrasi dengan ToyyibPay atau Billplz- caj 1-2% per transaksi, setup mudah, dan sokong FPX + eWallet + kad kredit dalam satu integrasi. Boleh tambah gateway lain kemudian apabila bisnes berkembang.
Siapa Yang Perlukan Kedai Online?
Dari peniaga individu hingga bisnes yang dah established. Kalau anda jual produk atau servis, anda perlukan platform jualan sendiri.
Macam Mana Kami Bina Kedai Online Anda?
Proses telus dengan milestone yang jelas.Anda tahu apa yang sedang dibuat dan bila ia akan siap.
E-Commerce lengkap: 4-6 minggu
Bergantung pada bilangan produk dan ciri-ciri yang diperlukan.
50% deposit diperlukan untuk mulakan kerja. Baki 50% dibayar selepas anda approved hasil akhir sebelum website go live.
Konsultasi & Analisis Keperluan
Kita bincang jenis produk yang dijual, bilangan SKU, keperluan variasi, kaedah penghantaran, dan gateway pembayaran yang dikehendaki. Senarai semua fungsi yang diperlukan dipersetujui sebelum kerja bermula- ini penting untuk elak tambah kos di tengah projek.
1-2 hariDesign Mockup Kedai
Kami design halaman utama, halaman katalog, dan halaman produk untuk kelulusan anda. Anda nampak bagaimana kedai akan kelihatan sebelum mana-mana kod ditulis. Revisi pada peringkat ini adalah percuma dan tidak membuang masa.
3-4 hariPembangunan Sistem
Kami bina sistem cart, checkout, pengurusan stok, panel admin, dan integrasi payment gateway. Ini adalah fasa terpanjang- setiap fungsi diuji secara berasingan sebelum digabungkan.
2-3 mingguUpload Produk & Konfigurasi
Kami bantu upload produk pertama anda, tetapkan kadar penghantaran, konfigurasi email automatik, dan uji keseluruhan proses pembelian dari cart hingga pembayaran.
3-5 hariUjian Pembayaran Sebenar
Kami buat transaksi ujian sebenar melalui semua kaedah pembayaran yang diintegrasikan- FPX, eWallet, dan kad kredit. Semua email konfirmasi dan notifikasi diperiksa berfungsi dengan betul.
1-2 hariLaunch & Latihan Admin
Website dipindahkan ke domain live. Kami buat sesi latihan ringkas (boleh via WhatsApp/call) untuk tunjukkan cara urus pesanan, tambah produk baru, kemaskini stok, dan baca laporan jualan.
1 hariPakej E-Commerce MTA Solutions
Semua pakej termasuk sistem cart, payment gateway, dan panel admin. Pilih mengikut saiz dan keperluan bisnes anda.
| Ciri-Ciri | Starter | Bisnes Popular | Premium |
|---|---|---|---|
| Harga | RM 1,999 | RM 2,999 | RM 4,999+ |
| Bilangan produk | Hingga 50 | Hingga 200 | Tidak terhad |
| Variasi produk (saiz/warna) | โ | โ | โ |
| Payment Gateway (FPX + eWallet) | โ | โ | โ |
| Pengurusan stok automatik | โ | โ | โ |
| Email konfirmasi automatik | โ | โ | โ |
| Sistem voucher / diskaun | โ | โ | โ |
| Akaun pelanggan (login/daftar) | โ | โ | โ |
| Laporan jualan & analitik | Asas | Lengkap | Advanced |
| Blog / artikel konten | โ | โ | โ |
| Notifikasi WhatsApp kepada admin | โ | โ | โ |
| Multi-vendor / seller | โ | โ | โ |
| Tempoh support | 2 bulan | 3 bulan | 6 bulan |
Harga tidak termasuk hosting tahunan (~RM200/thn), domain (~RM60/thn), dan caj payment gateway (~1-2% per transaksi).
Lihat Servis Lain Yang Kami Tawarkan
Bersedia Buka Kedai Online?
Konsultasi percuma, quotation dalam 24 jam. Beritahu kami jenis produk anda- kami cadangkan pakej yang paling sesuai.