Gantikan Excel & Proses Manual Dengan Sistem Yang Sebenar
Bina sistem pengurusan dalaman yang dibina khusus untuk cara bisnes anda beroperasi- bukan template generic yang perlu anda adapt. Inventori, HR, POS, atau apa sahaja yang anda perlukan.
Excel vs Sistem Web Based
Ramai syarikat masih guna Excel atau Google Sheets untuk urus data bisnes. Ini berfungsi bila anda kecil- tapi ada had yang serius bila bisnes berkembang.
- Fail boleh terpadam atau corrupt tanpa backup
- Sukar dikongsi secara serentak- siapa edit terakhir menang
- Tiada kawalan akses- semua orang nampak semua data
- Tiada audit trail- tidak tahu siapa tukar apa dan bila
- Formula terputus bila seseorang silap edit sel
- Laporan perlu dibuat secara manual setiap kali
- Tidak boleh akses dari telefon dengan selesa
- Tidak ada notifikasi automatik bila sesuatu berlaku
- Data disimpan dalam server dengan backup automatik
- Pelbagai pengguna boleh akses serentak tanpa konflik
- Kawalan akses mengikut peranan- pekerja hanya nampak yang mereka perlu nampak
- Setiap perubahan dilog- tahu siapa buat apa dan bila
- Validasi data automatik- kurangkan kesilapan manusia
- Laporan dijana automatik dengan satu klik
- Boleh akses dari mana-mana peranti dengan browser
- Notifikasi automatik untuk stok rendah, deadline, dan lebih banyak
Kalau anda ada lebih dari 3 orang pekerja yang akses data yang sama, atau proses operasi anda melibatkan lebih dari satu jabatan, atau anda selalu "tak pasti data mana yang terkini"- sudah tiba masa untuk naik taraf dari Excel kepada sistem yang sebenar.
Sistem Yang Pernah Kami Bina
Ini bukan senarai lengkap- kalau anda ada keperluan yang tidak tersenarai, hubungi kami. Kami bina apa sahaja yang boleh dibina sebagai aplikasi web.
Ini hanya contoh- kami bina sistem custom untuk pelbagai keperluan. Kalau anda ada proses bisnes yang melibatkan data, pengguna, dan laporan- kemungkinan besar ia boleh dijadikan sistem web. Ceritakan kepada kami, kami akan adviskan sama ada ia boleh dibuat dan berapa kosnya.
Kenapa Sistem Custom Lebih Baik Dari SaaS Generic?
Banyak SaaS (Software as a Service) yang ada di pasaran. Kenapa anda pertimbangkan sistem custom? Ini sebab-sebabnya.
Stack Teknologi Yang Kami Guna
Kami guna teknologi yang proven, matang, dan sesuai untuk shared hosting Malaysia- bukan yang paling trendy tapi rapuh untuk produksi.
Semua sistem kami berjalan di atas shared hosting biasa Malaysia tanpa konfigurasi server yang rumit. Anda tidak perlu sewa VPS mahal atau hire DevOps untuk maintain. Mudah, stabil, dan sesuai untuk bisnes Malaysia.
Bagaimana Kami Bina Sistem Anda?
Discovery & Analisis Keperluan
Sesi perbincangan mendalam tentang cara operasi bisnes anda sekarang- siapa guna sistem ini, data apa yang perlu disimpan, laporan apa yang diperlukan, dan integrasi apa yang perlu ada. Output: dokumen keperluan yang dipersetujui bersama sebelum sebarang kerja bermula.
2-5 hariWireframe & Reka Bentuk UI
Kami reka antara muka sistem- bagaimana setiap skrin kelihatan, aliran kerja dari satu modul ke modul lain, dan struktur menu. Anda meluluskan sebelum pembangunan bermula. Perubahan pada peringkat ini jauh lebih murah dari perubahan selepas kod siap.
3-7 hariPembangunan Bertahap
Sistem dibina modul demi modul- bukan sekaligus. Setiap modul yang siap dihantar kepada anda untuk semak sebelum modul seterusnya dimulakan. Pendekatan ini membolehkan anda beri maklum balas awal dan elak "surprise" di akhir projek.
3-8 mingguUAT (User Acceptance Testing)
Anda dan pasukan anda menguji sistem dalam persekitaran staging (preview server) menggunakan data sebenar atau data ujian. Setiap bug dan permintaan perubahan dicatat dan diselesaikan sebelum go-live.
1-2 mingguDeployment & Data Migration
Sistem dipindahkan ke server produksi. Kalau ada data sedia ada (dari Excel atau sistem lama) yang perlu dipindahkan, kami bantu proses migration. Semua akaun pengguna, peranan, dan konfigurasi awal ditetapkan.
2-3 hariLatihan & Dokumentasi
Sesi latihan untuk admin dan pengguna akhir- boleh dibuat secara on-site atau via video call. Kami sediakan manual pengguna ringkas (PDF) untuk rujukan pasukan anda. Support berterusan tersedia selepas go-live.
1-2 hariSyarikat Yang Dah Buat Keputusan Tepat
Soalan Yang Selalu Ditanya
Projek sistem adalah pelaburan yang lebih besar- wajar ada banyak soalan. Kami sedia jawab semuanya.
Bincang Via WhatsAppLihat Servis Lain Yang Kami Tawarkan
Bersedia Nak Buang Excel?
Ceritakan kepada kami masalah operasi yang anda hadapi- kami akan cadangkan penyelesaian yang paling sesuai dan berikan anggaran kos yang jelas.